Wednesday, March 21, 2018

Program tahunan Penduduk Kg tokkong sempena bulan chengbeng


 





Chengbeng

Adik kakok
ladies and gentleman
para yang masih hidup ataupun sudah meninggal, tatkerhoh!
24/25 March 2018
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tahunan yang diadakan di wakaf Kg Tokkong ini.


Pengenalan:
Menurut lagenda, pada zaman sebelum adanya kenderaan beroda. sekumpulan rombongan yang diketuai oleh bekas Ketua sami wat aril. Phrak khru Phothan Lek serta murid-muridnya berjalan kaki selama beberapa hari untuk sampai ke kampung ini bagi menyampaikan ceramah dharma. Phothan lek telah memilih tarikh keramat ini(mengikut kelender thai) bagi mengadakan aktiviti kongsi dana(merit-sharing) sempena bulan chengbeng. 


Saibat dan makan laksa:
Aktiviti majlis seperti berikut termasuklah sembahyang, suatnam, saibat, sangkha-dana dan serta jamuan makan minum. 
Orang2 tua di kampung ini juga panggil majlis ini sebagai *Chiak laksa*(makan laksa). 
Ini berikutan ada waktu dahulu, kebanyakan penduduk hanya petani yang berpendapatan rendah. Maka laksa (rice noodle, mee putih yang diperbuat drpd beras yang ditanam dan dikisar sendiri) merupakan makanan istimewa pada hari2 penting. Tidak seperti kini, makanan tradisi seperti laksa, kaojam serta nasi dagang senang dipadati dikebanyakan kedai2 makan. Justeru, beberapa hari sebelum majlis ini kebanyakan makanan laksa dan makanan tradisi ini sebuat secara gotong royong ataupun disediakan oleh keluarga masing2 bertujuan untuk saibat agar pahala yang diusahakan sampai kepada yang memerlukannya..


Musim chengbeng:
Sempena pada bulan mulia ni, pasangan, anak2 dan waris masing2 akan ke kawasan perkuburan dan Wat untuk membersihkan kubur orang kesayangan yang telah meninggal dunia. mempersembahkan hormat,  makanan serta barang2 sembahyang untuk simati agar 'senang di dunia seterusnya'. Air bunga ditambahkan aura (air namum) disiram sebagai simbolik cuci muka, tangan, kaki, dan badan. Biasanya pada hari tertentu pada bulan chengbeng, kebanyakan orang juga tidak melepas peluang menhadiahkan sangkha-dana serta menghadiri majlis saibat samada di wat, ataupun menjemput sangkha ke tempat2 tertentu. 


Saibat dan pahala
Manusia sinonim dgn kelahiran, kesakitan, kematian, dan orang beriman.
Dalam konteks kehidupan harian buddhist, tiada istilah cuci dosa yang seperti yang diamalkan oleh ajaran lain.
Sepertimana saya faham, kehidupan manusia berasaskan karma.  Berkelakuan baik dikira karma baik, dan sebaliknya berkelakuan jahat dikira jahat. 
Karma baik: Orang yang berkelakuan baik semasa hidup. 1, mungkin akan terkeluar dari seksa lingkaran lahir semula serta menuju ke nirwana menjadi Buddha. 2,ataupun dilahir  semula sebagai orang yang lebih bahagia pada kelahiran akan datang. Apakah kelakuan baik? Menambahbaik hubungan antara ibu-bapa dan anak2, mengeratkan persaudaraan antara sesama manusia, tidak menganiaya mahluk hidup ataupun yang sudah mati dll.
Karma buruk: Orang yang berkelakuan jahat sewaktu diduniawi, kesan buruk atau bala boleh ditimpa pada bila2masa sahaja tanpa mengira masa. Orang yang mempunyai karma jahat akan terus melalui proses kelahiran semula. samada dijadikan manusia (orang susah/sakit berpanjangan) ataupun roh dalam binatang/material bergantung pada keadaan karma masing2. 
Oleh itu, selalulah berkerlakuan baik selagi masih sihat bernafas.


Berikutan peredaran masa moden, kebanyakan manusia kurang memahami kepentingan aktiviti 'saibat'. Dan juga kita pernah dengar gurauan 'saibat' ini seperti 'seh-bap @cuci dosa. 
Ohh... dalamnya logik tersirat dlm usaha saibat ni. Give and take. sharing is caring. Donation dalam bentuk makanan merupakan asas dlm aktiviti sami buddha. 

Pada zaman muda Sidharta Guatama, dia pernah mengikuti beberapa guru dan belajar bertapa supaya ingin terkeluar dari keseksaan karma manusia. Namum setelah menghabiskan masa 6tahun bertapa secara paksa diri tanpa makan dan minum tetapi masih gagal mencapai kebahagiaan. Pada suatu hari guatama sidharta hampir putus asa dan berasa beliau dijalan buntu. Dia turun mandi di sungai berdekatan dapati badan dia sangat lemah. Dia berpaut pada akar pokok sampai berfikir keadaan badannya sangat lemah untuk menyeberangi sungai apatah lagi mahu mengharungi lautan luas mencari 'divine'/ kebahagian.  Selepas itu, muncul seorang gadis yang bernama Sujata datang memberi sedikit makanan dan minuman kepadanya. 
Dengan itu, Guatama buddha mencapai pencerahan apabila beliau telah menyedari kesilapan dalam praktis secara paksa dan beliau memilih jalan tengah contohnya sebagai manusia memerlukan makan, minum, bertapa, berehat, tidur, dan discaj untuk kebelangsungan kehidupan. Gaya hidup sihat dapat menjana pemikiran yang jelas. Justeru beliau dapat meneruskan penyebaran ajarannya

Cerita tersebut merupakan penjelasan ringkas asal usul saibat. Penganut buddha menjemput Guatama Buddha ke rumah untuk mendengar ajarannya sambil dihidangkan makan minum kepada beliau dan anak muridnya.



Kid kindergarden graduation